Menurut definisi, bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur iaitu antara bahasa ibunda dengan bahasa asing. Bagaimanapun, ramai yang mendefinisikannya sebagai percampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Walaupun begitu, definisi bahasa rojak dalam konteks perbualan dan penulisan harian di negara kita boleh diperluaskan kepada pelbagai tafsiran. Kita juga boleh menganggap percampuran antara bahasa baku dengan perkataan selain daripada bahasa baku adalah bahasa rojak.
Punca
utama berlakunya penggunaan bahasa rojak adalah sikap penutur itu sendiri yang
mementingkan bahasa asing daripada bahasa sendiri. Kemasukan istilah asing yang
dianggap lebih sesuai dan dapat mengangkat imej penuturnya terutama bagi
masyarakat bandar memburukkan lagi keadaan. Selain
itu, golongan yang terkenal dan terpelajar juga tidak terkecuali menggunakan
bahasa rojak dalam komunikasi harian.
Contoh penggunaan bahasa rojak:
Ulasan: Percampuran antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam percakapan menyebabkan bahasa tercemar. Tidak salah sekiranya ingin berbahasa Inggeris, namun janganlah mencampurkan kedua-dua bahasa dalam satu ayat. Walau bagaimanapun, eloklah sekiranya kita menggunakan bahasa kebangsaan supaya bahasa Melayu terus unggul di mata dunia.