Tuesday, April 2, 2013

Menyumpah dan Mencarut


Kita sudah sedia maklum tentang budaya sesetengah masyarakat kita yang suka mencarut dan menyumpah seranah ketika berkomunikasi. Kebelakangan ini, kita sering membaca status-status di laman sosial yang menggunakan bahasa kesat untuk meluahkan rasa marah. Begitu juga  dalam perbualan seharian sudah ramai yang tidak menggunakan bahasa yang sopan terutamanya apabila emosi menguasai diri. Perkara sebegini bukan sahaja terjadi dalam kalangan remaja malah orang dewasa juga turut terikut sama.

"Mencarut merujuk kepada perbuatan memaki hamun ataupun pengluaran kata-kata kesat. Secara umumnya, mencarut adalah perbuatan yang tidak berfaedah. Perbuatan ini hanya dapat mengurangkan rasa hormat orang terhadap diri kita sendiri. Dalam budaya Melayu itu sendiri, mereka yang mencarut dan bercakap tidak senonoh dianggap sebagai kurang ajar, kurang pendidikan, berasal dari keturunan tidak baik dan sebagainya."

CONTOH-CONTOH BAHASA MENCARUT
*macam haram
*bahlul
*bangang
*celaka
*babi
*sial


Perbuatan menyumpah seranah dan mencarut merupakan perbuatan yang negatif. Jika perbuatan tersebut diamalkan mungkin akan menyebabkan masyarakat sekeliling memandang rendah kepada si pelaku kerana menyumpah sebenarnya mampu merendahkan martabat diri seseorang. Terdapat juga masyarakat yang berpendapat bahawa mereka yang suka menyumpah dengan menggunakan bahasa yang tidak enak didengar berkemungkinan besar mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang tidak berpelajaran.

Ulasan : Jika hendak menegur atau memarahi seseorang, tidak salah sesekali kita berkasar tetapi bukanlah dengan cara mencarut atau menyumpah seranah. Cukuplah sekadar menegaskan dengan meninggikan suara atau menegur dengan bahasa sopan. Cara tersebut lebih baik da
n saya yakin cara itu juga lebih berkesan!

No comments:

Post a Comment