Tuesday, April 2, 2013

Sindiran


Anda semua sudah tentu pernah kena sindir, bukan? Malah, anda juga turut melakukan perkara yang sama sekiranya terdapat sesuatu yang tidak memuaskan hati. Kadang-kadang sesuatu perkara itu tidak boleh disampaikan secara terus kerana beberapa faktor. Apatah lagi seseorang itu merupakan kawan baik anda. Sudah tentulah anda ingin menjaga hatinya.
Gambar Hiasan
"Bahasa sindiran ialah bahasa atau perkataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang dengan tidak disebutkan dengan tepat, hanya disigung dengan dikias-kiaskan atau diarahkan kepada perkara lain kerana tidak suka hendak menyebutnya terang-terang. "
Lazimnya, sesuatu perkara itu mesti terdapat pro dan kontranya. Begitu juga dengan bahasa sindiran. Sindiran akan berkesan jika dilakukan dengan baik dan betul, malah orang yang kena sindir juga dapat menerima sindiran tersebut dengan berlapang dada serta tidak akan berkecil hati. Namun, akan timbul masalah lain jika sindiran yang  dilakukan tidak kena dengan caranya.
Ulasan : Tidak salah sekiranya sekali skala kita menggunakan sindiran untuk menegur kesalahan seseorang, tetapi pastikan bahasa yang digunakan tidak melampau kerana bimbang akan menyebabkan pergaduhan atau sebagainya.

No comments:

Post a Comment