![]() |
Gambar Hiasan |
Apa itu bahasa pasar? Bahasa pasar merupakan bahasa yang menggunakan
struktur ayat bahasa Melayu tetapi terdapat campuran perkataan bahasa asing. Paling
ketara ialah bahasa pasar menggunakan kata ganti nama asing seperti i, we
all, you all, gua, lu, semua orang, bai, kitorang dan sebagainya. Bahasa
ini boleh dianggap bahasa rendah, layak digunakan dalam perhubungan dengan
rakan-rakan di luar majlis rasmi, di pasar, di dapur, perhentian bas dan
sebagainya.
CONTOH BAHASA PASAR
“U mau beli apa maa? I boleh kasi U ini barang
Rm10 saja”.
Ulasan : Masyarakat hari ini lebih cenderung menggunakan
bahasa pasar kerana terikut-ikut dengan situasi setempat. Misalnya, apabila kita
pergi ke pasar, secara tidak langsung kita akan menggunakan bahasa ini
terutamanya apabila berkomunikasi dengan peniaga bukan Melayu. Walaupun bahasa
ini ternyata dapat menyampaikan mesej, tetapi bahasa ini bukanlah bahasa
tinggi. Sebenarnya bahasa ini dapat dielakkan jika kita membiasakan komunikasi
harian kita dengan bahasa melayu standard.
No comments:
Post a Comment