![]() |
Gambar Hiasan |
Apa itu bahasa
slanga? Berdasarkan pengetahuan dan pemahaman saya, bahasa slanga ini merupakan
bahasa yang sering diguna pakai dalam kelompok golongan muda atau remaja.
Bahasa slanga ini tidak sesuai digunakan dalam majlis formal atau ketika
bercakap dengan orang yang lebih tua. Kebiasaannya, bahasa ini sering digunakan
dalam kalangan golongan muda ketika berkomunikasi dalam kalangan mereka
sendiri. Antara contoh perkataannya yang sering kita dengar ialah lu, gua, langsi, bikin dan sebagainya.
Apakah faktor yang mendorong penggunaan bahasa slanga secara berleluasa dalam
kalangan golongan muda? Lazimnya, faktor utama yang mendorong kepada penggunaan
bahasa slanga ini ialah media massa. Hal ini dapat dilihat melalui penerbitan
dan tayangan filem seperti KL
Gangster, Adnan Sempit, Rempit, Bohsia dan
sebagainya. Umum mengetahui golongan muda ialah golongan yang mudah terpengaruh
dengan budaya-budaya yang baharu timbul.
Ulasan : Oleh itu,
bersama-samalah kita menerapkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam
pengucapan seharian kerana penggunaan bahasa slanga boleh menyebabkan berlakunya
pencemaran bahasa.
No comments:
Post a Comment