Wednesday, March 20, 2013

Bahasa Bohong (Bohong untuk Orang Lain)

Bohong dalam kategori pertama dilakukan apabila seseorang itu lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding dengan kepentingan diri. Kategori bohong ini selari dengan sikap orang Melayu yang selalu mendahulukan perasaan dan kepentingan orang Melayu lebih daripada kepentingan dan kepuasan diri sendiri.

A : Cantik tak baju ni? Akhirnya dapat juga aku pakai.
B : Cantik, kau nak pakai untuk majlis malam ni ke?
A : Yalah! Aku pun nak juga nampak lawa macam orang lain.
B : Emm... Ok dah tu. Mesti cantik kalau kau pakai nanti.

Perbualan antara A dan B di atas merupakan konteks berbohong kerana mahu menghargai pilihan orang lain.  Sebenarnya B tidak berkenan dengan warna baju yang dipilih oleh A. Memandangkan B mengetahui bahawa   A telah lama mengimpikan baju tersebut dan bersusah payah pula mengumpul wang untuk membelinya dan B juga tidak mahu A berkecil hati, maka B pun berbohong mengatakan bahawa baju itu cantik. Selain itu, dengan memberikan jawapan sedemikian B berharap A akan berasa selesa dan senang hati mendengarnya.

Ulasan : Tidak salah rasanya berbohong sekiranya berbohong itu boleh memberi lebih manfaat daripada mudarat.

No comments:

Post a Comment