Perlakuan bohong yang ketiga melibatkan kepentingan kedua-dua belah pihak, iaitu pihak yang berbohong dan pihak yang dibohong.
P : Eh, betul ke orang kata R tu bertengkar dengan Datuk tadi?
Q : Entah. Tak tahulah pula.
Bohong jenis ini dilakukan untuk menutup sesuatu rahsia,sama ada rahsia tentang dirinya, rahsia si pendengar mahupun rahsia orang lain. Seseorang biasanya akan berbohong dengan mengatakan bahawa dia tidak mengetahui tentang perkara yang diajukan kepadanya, sekiranya dia tidak mahu membocorkan rahsia atau maklumat peribadi seseorang kepada orang yang tidak dipercayainya. Contoh di atas menunjukkan Q berbohong dengan mengatakan bahawa dia tidak mengetahui peristiwa yang telah berlaku, sedangkan Q telah lama berkawan dengan R dan mengetahui tentang peristiwa itu tetapi dia tidak mahu membocorkannya kerana mahu menjaga reputasinya untuk tidak menjadi 'penyebar cerita' serta mahu menjaga hati R. Tambahan pula, Q menganggap peristiwa itu adalah perkara peribadi antara R dengan Datuk. Maka Q terpaksa berbohong kepada P memandangkan P terkenal dengan gelaran 'mulut tempayan' dalam kalangan rakan-rakan sepejabatnya.
Ulasan : Kadang-kadang kita perlu berbohong untuk menutup aib seseorang.
No comments:
Post a Comment