Wednesday, March 20, 2013

Bahasa Bohong (Bohong untuk Diri Sendiri)

Jenis bohong yang kedua memperihalkan usaha seseorang itu untuk memperdaya dan membohongi orang lain semata-mata untuk faedah dan kepentingan diri sendiri, tanpa menghiraukan kesan yang akan berlaku terhadap orang yang dibohonginya.

M : Hah, baru balik! Pergi mana tadi? Dah maghrib baru sampai rumah.
N : Maaf ayah, saya tertinggal bas.

Seseorang itu cenderung untuk berbohong bagi mengelak daripada didenda atau dijatuhi hukuman dengan memberi alasan yang munasabah bagi menutup kelemahan dan kesilapannya. Contoh di atas menunjukkan N berbohong terhadap ayahnya kerana takut dimarahi akibat pulang lewat ke rumah. Padahal, sebenarnya N pergi melepak di bandar bersama rakan-rakannya selepas waktu sekolah. N sanggup berbohong dengan mengatakan bahawa dia tertinggal bas kerana dia tidak mahu dihukum.

Ulasan : Pembohongan jenis ini merupakan pembohongan yang paling popular dan dilakukan oleh hampir setiap individu.

No comments:

Post a Comment