Rumah sewa saya berhadapan dengan rumah sewa salah seorang
pensyarah UPSI yang berwarganegara Nigeria. Saya tidak mengetahui nama
pensyarah tersebut memandangkan beliau tidak mengajar saya. Tambahan pula, kami
tidak pernah bertegur sapa. Sekadar berbalas senyuman saja. Pada suatu petang,
saya terdengar seseorang memberi salam. Lalu saya pun bergegas pergi membuka
pintu rumah. Rupa-rupanya, isteri kepada pensyarah tadi yang datang. Dia
bertanyakan sesuatu kepada saya dengan menggunakan bahasa Inggeris. Saya tidak
memahami sepenuhnya pertanyaan tersebut kerana bahasa Inggerisnya mungkin
mengikut slang bahasa negara asalnya. Dia tidak fasih berbahasa Inggeris, begitu juga saya. Dia bertanya tentang kemungkinan saya ada melihat anak perempuannya. Saya
menjawab tidak. Kebetulan pula jiran saya yang ada ternampak anaknya segera
memberitahunya pada ketika itu. Ohh… Rupa-rupanya dia mendakwa ada ternampak
anaknya yang berumur lingkungan 5 tahun bermain-main di hadapan rumah saya.
Selepas mengucapkan “thank you” dan “sorry to disturb you” dia pun berlalu
pergi.
Pengajaran :
Lumrah hidup bermasyarakat, kita perlulah sentiasa beramah mesra sesama jiran
tetangga supaya kita tidak berasa janggal dalam pergaulan. Juga pesan kepada diri sendiri untuk terus memperkasakan bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment