![]() |
Inilah namaku! |
Gara-gara
tidak mahu menggunakan nama sebenar, akhirnya nama itu disalahertikan. Mahu mengetahui
cerita selanjutnya? Haa… bacalah lagi! Hehe
Adah
(bukan nama sebenar) merupakan rakan serumahku juga merangkap kawan baikku.
Petang itu, kawan kepada Adah, iaitu Ita (bukan juga nama sebenar) mengajaknya
untuk ke Pizza Hut. Aku difahamkan Ita sudah lama teringin nak makan pizza. Aku
dan Ita saling mengenali tetapi kami tidak terlalu rapat. Sekadar bertegur sapa
saja sekiranya bertembung di mana-mana. Kebetulan pula aku tidak ada kuliah pada
waktu dia mengajak Adah. Jadi, Adah juga mengajakku untuk turut serta. Inilah mesej
antara Adah dan Ita yang ingin aku fokuskan.
Ita
: Adah, jom la kita pegi makan pizza.
Dah lama teringin nak makan ni...
Adah
: Boleh je... tapi aku pegi dengan Ibadah
tau!
Ita : Alaa... solat lepas kita makan la. (Ita
ingatkan Ibadah yang dimaksudkan oleh
Adah ialah ibadat solat. Haha! Kebetulan waktu Zohor baru saja masuk)
Adah : Hahahaha Ibadah tu nama orang laa... nama
facebook dia Cik Oren. Kan kau dah add dia.
Ita : Laa... aku ingatkan solat. Hahahaha. Kalau Cik Oren tu aku kenal la. Tak tahu la pulak aku nama sebenar dia Ibadah. :D
Haa... itulah padahnya apabila nama samaran lebih glemor daripada nama sebenar. Aku
lebih dikenali sebagai Cik Oren dalam kalangan rakan-rakan sekursus. Ada juga
di antara mereka yang masih tidak mengetahui nama sebenarku.
Pengajaran
: Perkenalkan dahulu nama sebenar, kemudian barulah diikuti oleh nama samaran.
Bukankah lebih baik begitu?
P/s
: Bukan aku tidak bangga dengan nama itu, tetapi ramai kenalan Facebookku yang
tidak percaya itu adalah namaku seperti yang tercatat dalam kad pengenalan. Jadi?
No comments:
Post a Comment